TSB/BACAAN KUNING
KRAMER'S RULE
Para ibu sedia maklum, apabila selamat melahirkan anak pihak hospital ada berpesan untuk memberitahu klinik kesihatan yang terdekat supaya lawatan postnatal dapat dilakukan.
Rimas..bila staffnurse klinik akan datang untuk periksa keadaan ibu dan baby selang sehari. Tapi percaya lah, banyak kebaikkan dalam perkara itu. Antara yang paling bagus adalah mereka akan membantu memeriksa sama ada baby anda terkena demam kuning/jaundis.
Antara kaedah yang dilakukan adalah dengan menekan kulit baby. Kadang kadang di pipi lah, di dada, perut dan juga di peha. Pernah tak ibu dan bapa sekalian bertanya kenapa?
Sebabnya, bacaan kuning dapat dijangka melalui pemeriksaan klinikal sebelum pengambilan darah.
Jadual diatas mennjukkan jikalau ternampak kuning semasa menekan kulit baby di setiap bahagian di atas, maka anggaran bacaan kuning ataupun total serum bilirubin dapat dijangkakan.
Contohnya, mula2 tekan di muka nampak kuning, turunkan pula ke bahagian dada. Andai kata dada juga nampak kesan kuning maka tsb adalah dijangkakan dalam bacaan 85-204 umol/L.
Teruskan lagi ke bahagian perut dan kaki untuk memastikan kita tak terlepas bacaan tsb yang tinggi.
Ini untuk pengetahuan ibu bapa tapi sebaiknya bagi la staffnurse yang datang melawat untuk memastikan lebih tepat.
Andai kata nampak di muka sahaja pun, anda akan di arahkan ke klinik kesihatan untuk mangambil bacaan tsb.
Dan andai kata bacaan tsb melalui pengambilan darah itu juga tinggi, maka terpaksa dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan lampu fototerapi.
Rawatan lampu fototerapi juga sekarang boleh dilakukan dirumah. Mudah dan selamat. Sewa lampu fototerapi ini bukan sesuatu asing lagi di masyarakat kita sekarang. Apa yang penting, ada kriteria yang perlu ditapis untuk sewa lampu fototerapi ini. Baby mestilah cukup bulan, berat memuaskan, sihat dan bacaan tidak melebihi 340 umol/L.
NAK TAHU LAGI ?
HUBUNGI KAMI
EN FARHAN
016.359.3594
FB : fototerapi dirumah-senawang-
blog : fototerapisenawang.blogspot
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :)
Comments
Post a Comment