MITOS DAN KEPERCAYAAN JAUNDIS

MITOS DAN KEPERCAYAAN JAUNDIS

Mungkin ada diantara kita pernah dengar beberapa petua dan keprcayaan mengenai jaundis.
Apabila ibu bapa sudah panik dan risau, ada diantara mereka yang megikuti petua yang tiada bukti saintifik malahan boleh mengundang bahaya kepada bayi.
Berikut merupakan sedikit petua yang selalu didengari dan kita akan kupas satu persatu mengenai perkara ini.

1. Minum susu kambing
2.Mandian air daun inai
3.Mandian serbuk mutiara
4.Minum air rebusan akar kayu cina
5.Minum air kundur
6.Mandian air daun kucai
7.Perahan anggur hitam
8.berhenti susu badan dan beri susu formula
9. jemur bawah cahaya matahari
10. elakkan memakai pakian berwarna kuning pada bayi

Tidak salah mencuba tetapi kebanyakkan petua di atas mendatangkan bahaya pada bayi anda.
Sebagai contoh, SUSU KAMBING.
Walaupun susu kambing itu baik, tetapi ia tidak sesuai untuk bayi di bawah 12 bulan kerana mengandungi protein yang tinggi menyebabkan peningkatan asid urik dan darah bayi berasid.

Susu formula yang berasaskan susu kambing juga tidak sesuai kerana urea akan menjadi tinggi, folat menjadi rendah dan ia juga boleh menyebabkan alahan pada bayi.
Dan semestinya, adalah tidak sesuai kita memperkenalkan pelbagai jenis cecair kepada bayi selain susu ibu kerana kandungan garam yang tidak diketahui pada cecair tersebut mampu memberikan kesan kepada buah pinggang si kecil yang belum matang itu.
Menjemur pada bawah cahaya matahari juga terutama selepas pukul 9 pagi adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan sunburn, dehidrasi dan risiko kanser kulit pada masa hadapan.

Rawatan terbaik untuk jaundis di atas aras tertentu yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Malaysia adalah rawatan FOTOTERAPI.
Fungsi lampu ini menukarkan bilirubin yang tidak larut air tersebut kepada slarut air yang mudah disingkirkan melalui air kencing dan najis.
KAMI MENYEDIIAKAN RAWATAN FOTOTERAPI DIRUMAH YANG LEBIH MUDAH, RINGKAS DAN LEBIH PRIVASI.

                                                HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN YANG LEBIH

Comments

Popular posts from this blog

KENALI WARNA NAJIS BABY

TSB/BACAAN KUNING

TSB DARI 235 TURUN KE 117