BILIARY ATRESIA






BILIARY ATRESIA


Seseorang itu akan disahkan mengalami biliary atresia sama ada kerana saluran hempedunya tersumbat atau tiada saluran hempedu ke hati yang akan menyebabkan kerosakan hati yang serius.

Fenomena ini bukan sesuatu yang baru kerana satu daripada 15,000 kelahiran di dunia dikesan menghidap biliary atresia dan di Amerika Syarikat kira-kira 300 kes baru dikesan setiap tahun.
Bilirubin yang terhasil daripada proses pemecahan/hemolysis sel darah merah perlu ditukar kepada suatu kompaun bilirubin yang larut dalam air yang dikenali sebagai ‘Conjugated Bilirubin’. Ini supaya kompaun tersebut boleh dikeluarkan daripada darah ke dalam hempedu dan disingkirkan ke dalam usus.

Warna najis yang kekuningan adalah disebabkan kehadiran kompaun ‘conjugated bilirubin’. Bayi yang mempunyai warna najis yang pucat dan tidak berwarna kuning mungkin mengalami penyakit saluran hempedu tersumbat atau leboh dikenali sebagai biliary atresia.

→ Petanda penyakit adalah kuning yang berpanjangan di sertai oleh najis yang pucat dan air kencing berwarna kuning pekat.

→Penyakit ini boleh di kesan sewaktu bayi berumur 2 – 4 minggu.

→ Di peringkat ini tumbesaran bayi memang elok, berat badan serta ukuran panjang naik saperti yang di jangka .

→Penyakit boleh di sahkan melalui pemeriksaan lanjut : saperti pemerksaan darah, Xray khas saluran hempedu .

→ Rawatan yang di perlukan pembedahan yang menggunakan  usus kecil untuk mengambil alih tugas saluran hempedu. Pembedahan perlu di lakukan sebelum bayi mencapai umur 60  hari untuk mendapat hasil yang baik,

→ Hasil rawatan menunjukan bahawa satu pertiga pesakit sembuh dan menjadi sihat sepenuh nya, satu pertiga tiada manfaat dan satu pertiga pula mendapat komplikasi yang memerlukan rawatan berpanjangan.Bagi bayi yang pengaliran hempedu tidak pulih selepas pembedahaan atau pun menghadapi masaalah berlarutan, risiko kerosakan pada hati adalah tinggi.



JAUNDIS DI RUMAH?


CALL KAMI

SERVIS HOME PHOTOTHERAPY
016.359.3594

Comments

Popular posts from this blog

KENALI WARNA NAJIS BABY

TSB/BACAAN KUNING

TSB DARI 235 TURUN KE 117